'Semua naik kecuali gaji rakyat Malaysia makin turun'

Iklan
Gambar pertemuan bersama Muhyiddin (kanan) yang dikongsi Syed Saddiq (kiri) di Facebooknya.

SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan terus bekerja bagi memastikan suara rakyat yang susah, lapar dan sakit terus didengari serta kerajaan melakukan perubahan.

Menurutnya, negara memerlukan satu pelan untuk masa hadapan dan tidak hanya berbelanja pada waktu ini, sebaliknya berbelanja untuk masa hadapan.

Iklan
Iklan

"Perlu pergi ke tenaga boleh diperbaharui yang lebih besar dan menjadikan Malaysia Hab Hijau ASEAN.

"Perlu pergi dalam pembuatan dron serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kita sudah ada syarikat pembuatan dron terbesar di dunia, Aerodyne," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Iklan

Menerusi hantarannya itu Ahli Parlimen Muar itu turut memuat naik gambar pertemuannya dengan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan isu ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, pada masa ini seramai dua juta graduan universiti mula bekerja dengan gaji rendah dan dalam bidang berkemahiran rendah walaupun mereka mengambil masa lima hingga enam tahun untuk menghabiskan pengajian masing-masing.

Iklan

"Dulu waktu ibu bapa kita bekerja, mereka boleh menyara kehidupan datuk dan nenek kita kerana kos sara hidup setimpal dengan pendapatan.

"Kini, kita nak bantu menyara ibu bapa kita pun susah kerana gaji rendah, harga rumah tinggi, harga makan minum tinggi, yuran pengajian mahal, terpaksa ambil dua hingga tiga kerja hanya untuk tampung kehidupan," katanya.

"Harga ayam naik tanpa sebarang penyelesaian, harga minyak masak naik mendadak manakala harga rumah naik tidak terkawal. Semua naik kecuali gaji rakyat Malaysia yang makin turun," katanya.

Tegas bekas Menteri Belia dan Sukan itu, semua perkara ini secara terang-terangan adalah salah.