GOMBAK - [DIKEMASKINI] Pondok Penyayang Raudah di Batu 11 di sini dihempap pokok menyebabkan kira-kira enam penghuni cedera termasuk dua daripadanya dilaporkan kritikal.
Menurut Penghulu Setapak, Mohd Fazli Latif, kejadian itu berikutan hujan lebat dan ribut yang berlaku petang tadi.
Iklan
Iklan
"Pokok tumbang hempap pusat jagaan Raudah menyebabkan enam orang cedera, dua daripadanya kritikal kini dirawat di Hospital Orang Asli.
"Lapan rumah turut terjejas apabila ditimpa pokok," katanya.
Iklan
Difahamkan, anggota keselamatan berada di lokasi untuk memberikan bantuan awal.
Iklan