Jamuan dan Majlis Ramah Mesra di Kelantan kecoh

Iklan
Tangkap layar rakaman menunjukkan tindakan sekumpulan anak muda melaungkan 'tolak wahabi' di luar sebuah masjid di Kampung Pulau Gajah pada Isnin. Foto: Ihsan pembaca

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Laungan tolak wahabi oleh sekumpulan lelaki 'menggegarkan' Jamuan dan Majlis Ramah Mesra yang dihadiri oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di sebuah masjid di Kampung Pulau Gajah pada Isnin.

Rakaman video yang menunjukkan tindakan sekumpulan pemuda menimbulkan rasa kurang senang terhadap forum tersebut mengundang kritikan selepas ia tular dalam kalangan warganet.

Iklan
Iklan

Selain Mohd Asri, majlis tersebut turut menampilkan ahli panel iaitu Profesor Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramli dan Mohd Nazim Mohd Nor.

Bagaimanapun, forum harta yang batil dan kesan terhadap masyarakat yang dijadualkan bakal diadakan tidak berlangsung selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) membatalkan program itu.

Iklan

Pembatalan itu selaras dengan Seksyen 117 Mengajar Tanpa Kebenaran oleh daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Surat tersebut dikeluarkan oleh Jaheik pada 2 Jun 2022 dan ia kemudian tular di laman sosial Facebook.

Iklan