Keputusan SPM 2021 diumum 16 Jun ini

Iklan
Mohd Radzi

SHAH ALAM - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan pada 16 Jun ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada pada tarikh berkenaan.

"Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Iklan

"Secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan mulai jam 10 pagi pada 16 Jun sehingga 6 petang, 24 Jun.

"Secara SMS, calon perlu menaip SPM No KP AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 16 Jun sehingga 6 petang, 22 Jun," katanya pada Selasa.

Iklan

Pada 1 Mac lalu seramai 407,097 calon ujian bertulis peperiksaan SPM 2021 menduduki peperiksaan itu berbanding kebiasaan yang diadakan pada akhir tahun persekolahan susulan negara dilanda pandemik Covid-19.