Bomba selamatkan lelaki pengsan di puncak Gunung Datuk
Iklan
SEREMBAN - Seorang lelaki berusia 57 tahun yang dilaporkan pengsan ketika menjalankan aktiviti mendaki di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau, dekat sini, hari ini diselamatkan bomba petang tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, Mohd Nazir Yusof berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Kota serta balai bomba bantuan termasuk BBP Rembau dan BBP Tampin dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.18 pagi tadi.