Maloney mahu terus bersama skuad B-23
Iklan
Brad Maloney
KETUA jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan Brad Maloney akan terus mengemudi skuad berkenaan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 selagi khidmatnya diperlukan.
Ini selepas prestasi hambar skuad berkenaan yang tersingkir daripada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan setelah tewas dalam dua perlawanan Kumpulan C menentang Korea Selatan dan Thailand.
Iklan
Iklan
"Ya, saya rasa begitu. Terlintas di fikiran saya, sesuatu yang jelas mungkin perlu berbincang dengan pihak pengurusan sebaik sahaja kembali nanti,” katanya dalam sidang media selepas ditanya jika beliau akan terus menjadi jurulatih pasukan berkenaan dan membuat persiapan untuk kejohanan seterusnya.
Skuad B23 kebangsaan tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan pada Khamis lepas sebelum dibenam 3-0 oleh Thailand, malam tadi.
Iklan
Pengendali dari Australia itu mempunyai kontrak sehingga Disember 2023.
Sementara itu, Maloney berkata, beliau akan melakukan rombakan bagi skuad sedia ada bagi menghadapi perlawanan pelengkap Kumpulan C menentang Vietnam pada Rabu ini untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.
Iklan
"Kita akan menilai semula dan pasti akan melihat pemain bergilir untuk perlawanan seterusnya,” katanya.
Ditanya mengenai kekalahan skuadnya kepada Thailand, Maloney berkata, anak buahnya mempamerkan persembahan memuaskan pada 20 minit pertama permainan sebelum gagal mengekang gol pendahuluan Thailand pada minit ke-23.
"Saya rasa beberapa pemain kita juga letih daripada perlawanan pertama dan seperti yang saya katakan, kita mengejar permainan dan perlu membuat beberapa perubahan untuk mencuba dan mendapatkan sesuatu daripada permainan,” katanya yang mengakui skuad Gajah Perang sememangnya layak mendapat tiga mata dengan aksi dipamerkan pemain-pemain negara itu. - Bernama
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.