Ronaldo pacu kemenangan Portugal
Iklan
Cristiano Ronaldo
[DIKEMAS KINI] PENYERANG sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo terus mengekalkan tahap ketajamannya apabila membantu pasukannya mengatasi Switzerland 4-0 dalam perlawanan Kumpulan A2 Liga Negara-Negara Eropah di Estadio Jose Alvalade, Lisbon pada Isnin.
Dua lagi gol skuad kendalian Fernando Santos itu dijaringkan oleh William Carvalho dan Joao Cancelo.
Iklan
Iklan
Sementara itu, Santos yang bersama Ronaldo menghadiahkan kejayaan Euro 2016 buat Portugal mengakui, dia tidak mempunyai kata-kata untuk menggambarkan ketokohan penyerang Manchester United tersebut.
"Sejujurnya saya tidak tahu nak kata apa lagi mengenai Cristiano Ronaldo. Saya ulangi sekali lagi bahawa dia adalah pemain terbaik dunia.
Iklan
"Apa lagi yang boleh saya katakan mengenai dia (Ronaldo)? Anda semua telah melihat sendiri aksinya hari ini (Isnin).
"Saya sebenarnya tidak tahu apa yang perlu saya katakan, cuma saya mahu mengulangi kenyataan saya bahawa dia merupakan antara pemain terbaik dunia,” katanya.
Iklan
Kemenangan itu menyaksikan Portugal mengetuai liga dengan mengumpul empat mata sementara pasukan tempat kedua Republik Czech diikuti Sepanyol dan Switzerland.
Portugal menerima kunjungan Republik Czech dalam perlawanan seterusnya manakala Switzerland melayan Sepanyol di Geneva.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>