Muhyiddin nafi dakwaan dapat sokongan majoriti
Iklan
Muhyiddin - Foto Bernama
SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.
Iklan
Iklan
"Apa yang dibincangkan dalam siri pertemuan saya dengan beberapa pimpinan parti-parti politik selain Barisan Nasional (BN) adalah untuk merintis persefahaman bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Perkara ini dibincangkan secara tidak rasmi apabila terdapat beberapa ahli politik dari parti-parti pembangkang yang menemui saya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Iklan
Pada 30 Mei lalu, Presiden Parti Warisan Malaysia (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa Muhyiddin menghubunginya dua bulan lalu bagi mendapatkan sokongan untuk menjadi Perdana Menteri semula.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, rata-rata ahli politik daripada parti pembangkang berpendapat cara yang terbaik untuk menghadapi PRU15 ialah dengan mengusahakan formula satu lawan satu menentang BN.
Iklan
"Ini kerana kemenangan BN dalam PRN Melaka dan Johor adalah semata-mata kerana undi parti-parti selain BN berpecah.
"BN tidak mendapat sokongan majoriti rakyat malah sokongan kepada parti itu tidak bertambah. Susulan itu, saya mengambil inisiatif untuk berhubung dengan pimpinan parti-parti selain BN bagi berkongsi pandangan mengenai formula satu lawan satu,” ujarnya.
Menurutnya, inisiatif itu diambil setelah mendapat persetujuan Biro Politik Bersatu dan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
"Formula satu lawan satu yang dikemukakan oleh Bersatu adalah bersifat kerjasama atau persefahaman pilihan raya yang tidak melibatkan pembentukan satu gabungan baharu parti-parti politik.
"Tujuan persefahaman ini adalah untuk mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam pilihan raya yang hanya menguntungkan BN sepertimana yang berlaku dalam PRN Melaka dan Johor,” menurutnya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau mengambil maklum tentang pendirian setiap parti berhubung cadangan berkenaan dalam siri perbincangan beliau bersama pimpinan parti-parti politik selain BN.
Jelasnya, belia akur dengan pandangan masing-masing mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan cadangan tersebut.
"Justeru, saya mengambil sikap yang terbuka. Ini adalah sebahagian daripada proses perundingan antara parti yang berlangsung secara tidak rasmi.
"Pintu rundingan Bersatu sentiasa terbuka kepada parti-parti selain BN untuk mencapai kata sepakat mengenai formula yang terbaik bagi menghadapi PRU15,” jelasnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.