Teman lelaki wanita dibakar direman seminggu

Iklan
Mior Faridalathrash.Gambar kanan: Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

KUALA KANGSAR - Teman lelaki kepada wanita yang dibunuh dengan mayatnya ditemukan dibakar di tepi sungai Kampung Talang Hulu, Selasa lalu, direman selama tujuh hari bermula pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis mendapat perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap lelaki berusia 20 tahun itu.

Iklan
Iklan

"Siasatan ke atas suspek dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Sebaik sahaja kertas siasatan lengkap, kita akan serahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini.

Iklan

Media melaporkan hasil bedah siasat ke atas mayat wanita itu mendapati punca kematian akibat trauma tumpul di bahagian kepala dan kebakaran yang parah.

Polis telah memanggil teman lelaki mangsa untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada Khamis.

Iklan

Mangsa dijumpai orang awam pada jam 3.05 petang dalam keadaan terbakar di lokasi kejadian.

Mayat dengan kesan luka di kepala itu dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum dijumpai.

Turut dijumpai di lokasi kejadian, seketul batu konkrit dengan kesan darah dipercayai digunakan sebagai senjata untuk mencederakan mangsa.