295 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci pada Sabtu

Iklan
Ismail Sabri (tengah) beramah mesra dengan jemaah haji di Sepang pada Sabtu.

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Seramai 295 jemaah haji Malaysia dijadual berlepas ke Tanah Suci pada Sabtu.

Tabung Haji (TH) dalam kenyataan berkata, penerbangan pertama dijadual berlepas pada jam 1.35 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Saudi Airlines (SV 5635).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pesawat berkenaan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 4.55 petang waktu Arab Saudi.

Pada tahun ini, sebanyak 48 penerbangan Malaysia Airlines dan juga Saudi Airlines akan membawa jemaah haji negara seramai 14,306 ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.

Jemaah haji ketika mendengar taklimat sebelum berlepas di Sepang pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu, jemaah haji, Nura Azihan Ahmed, 57, dari Bachok, Kelantan meluahkan rasa gembira apabila dapat menunaikan perkara tersebut selepas ditunda selama dua tahun.

"Saya sangat gembira. Ini kali kedua saya. Perasaan gembira sangat tidak terkata. Alhamdulillah dapat terima panggilan untuk tunaikan haji.

Iklan

"Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar,” katanya kepada Sinar Harian semasa majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam pada itu, seorang lagi jemaah, Mohammad Hafiz Mohd Nawawi, 52, dari Kota Bahru, Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Lembaga TH dan kerajaan kerana proses yang dilalui amat mudah.

"Terima kasih sangat-sangat kepada kerajaan dan TH. Proses yang saya hadapi sebelum penerbangan sangat mudah dan cepat,” katanya.