Agong berangkat ke majlis doa selamat sempena Hari Keputeraan
Iklan
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka pada Isnin (6 Jun) ini.
Turut berangkat pada majlis yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.