Gempa bumi sederhana landa Halmahera

Iklan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda Halmahera, Indonesia pada 6.55 pagi Khamis. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda Halmahera, Indonesia pada 6.55 pagi Khamis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis, gegaran berkenaan berlaku pada kedudukan 207 kilometer (km) selatan dari Tidore, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Iklan
Iklan