Empat lapangan terbang untuk jemaah haji Malaysia
Iklan
GACA mengumumkan senarai empat lapangan terbang yang dikhaskan untuk menerima jemaah haji untuk musim haji 1443 Hijrah.
KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi (GACA) mengumumkan senarai empat lapangan terbang yang dikhaskan untuk menerima jemaah haji untuk musim haji 1443 Hijrah, lapor akhbar Mesir, Elwatan.
GACA menerusi surat edarannya kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu menyatakan lapangan terbang di Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif telah diluluskan untuk pergerakan jemaah Haji sahaja.
Iklan
Iklan
Sehubungan itu, pemegang visa bukan haji tidak lagi dibenar memasuki Arab Saudi melalui empat lapangan terbang berkenaan untuk tempoh 10 Zulkaedah (10 Jun) hingga 10 Zulhijjah 1443H (10 Julai 2022).
Memetik Jeddah Airports Company, akhbar itu melaporkan larangan perjalanan bagi pemegang visa lawatan, komersil dan visa pelancong ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah berkuat kuasa 10 Zulkaedah hingga 10 Zulhijjah 1443H. - Bernama
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>