PEMENANG tujuh kali Ballon d'Or, Lionel Messi merasakan penyerang Real Madrid, Karim Benzema berhak untuk memenangi anugerah berkenaan.
Penyerang Argentina itu berkata, apa yang ditampilkan Benzema pada musim ini sangat menakjubkan dan dia langsung tidak ragu sekiranya penyerang Perancis itu berjaya merangkul Ballon d'Or buat kali pertama.