Anggota PKR mahukan perubahan, angkat pemimpin muda
Iklan
Mohd Najwan Halimi
SHAH ALAM - Keputusan Pemilihan PKR 2022 menyaksikan majoriti anggota parti itu mahukan perubahan khususnya bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Timbalan Ketua Cabang Shah Alam, Mohd Najwan Halimi berkata, anggota menaruh kepercayaan tinggi kepada pemimpin muda bagi membantu Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui parti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hal tersebut dibuktikan menerusi pemilihan Mohd Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR.
"Selain itu, Datuk Seri Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Chang Lih Kang yang dipilih sebagai Naib Presiden PKR juga berusia dalam lingkungan 40-an.
Iklan
"Ini menunjukkan bahawa PKR sejak awal penubuhan tidak pernah ketandusan pemimpin malah sentiasa menyediakan ruang kepada anak-anak muda yang percaya dengan agenda Reformasi untuk mencorak hala tuju parti," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, keputusan sama turut diterjemahkan pada Pemilihan Cabang Shah Alam yang menyaksikan tumbangnya penyandang jawatan ketua cabang selama 12 tahun.
Iklan
"Saya secara secara rasmi diumumkan sebagai Timbalan Ketua Cabang manakala ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail dipilih sebagai Ketua Cabang Shah Alam dan Ketua Wanita PKR Pusat yang baharu.
"Ternyata, majoriti anggota inginkan perubahan dan mahukan kepimpinan yang bersifat dinamik, agresif, dan inklusif.
"Bergerak ke hadapan, saya menggesa semua lapisan pimpinan dan anggota agar kembali bertaut sebagai sebuah pasukan besar dan mengetepikan sentimen kabilah serta menumpukan kekuatan untuk berkhidmat kepada parti khususnya dalam membantu kepimpinan presiden memenangi PRU15," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>