Pesawat persendirian bawa 22 penumpang dilapor hilang di Nepal

Iklan
Pesawat milik Tara Air itu berlepas dari bandar Pokhara. - Foto Reuters

NEW DELHI - Sebuah pesawat persendirian yang membawa 22 penumpang dilaporkan hilang di Nepal, kata pegawai pada Ahad.

Pesawat milik Tara Air itu berlepas dari bandar Pokhara.

Iklan
Iklan

Pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Fanindra Mani Pokharel memberitahu Agensi Anadolu operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

"Terdapat 19 penumpang dan tiga anak kapal di dalam pesawat itu,” katanya.

Iklan

Pesawat itu terputus hubungan pada pagi Ahad sejurus berlepas dari lapangan terbang.

Akhbar Kathmandu Post melaporkan, beberapa rakyat India turut berada di dalam pesawat itu. - Bernama

Iklan