'Saya fobia dipanggil katak'
Iklan
Masiung ketika ditemui pemberita selepas hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Rakan Media di Kota Kinabalu pada Khamis.
KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah belum menentukan lagi hala tuju untuk menyertai mana-mana parti politik di negeri ini.
Beliau yang juga ADUN Bebas berkata, dia kini sedang mengambil pendekatan untuk melihat situasi politik semasa, namun dalam masa sama menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Iklan
Iklan
"Setakat ini biar saya bertenang dulu. Saya mengambil pendekatan untuk 'cermin-cermin' dulu, 'teropong-teropong' dulu keadaan politik ini.
"Tetapi untuk kerajaan negeri kita sokong kerajaan GRS dan kita sokong Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Rakan Media di sini pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditanya hala tujunya yang ketika ini masih menyandang status ADUN Bebas sejak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
Diminta mengulas mengenai pelawaan daripada parti lain, beliau mengakui ada banyak parti yang menawarkan beliau dengan pelbagai imbuhan.
Iklan
"Pelawaan itu memang ramai. Banyak daripada pelbagai parti ada, ada yang menyediakan jawatan-jawatan dalam parti, ada juga yang tawarkan Timbalan Presiden, ada juga Naib Presiden.
"Banyak tawaran tetapi itu yang saya katakan, berikan saya sedikit masa lagi untuk kita membaca politik yang sebenarnya.
"Sebab saya seperti fobia sudah kena panggil 'katak'. Nanti masuk sana, keluar nanti percaturan politik lagi, keluar lagi, (dipanggil) katak lagi," katanya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah menyifatkan bahawa politik sebagai dinamik.
"Dalam politik tidak ada yang statik, tidak ada musuh selama-lamanya dan tidak ada kawan selama-lamanya.
"Ia dinamik sesuai dengan peredaran masa dan sesuai dengan suasana politik semasa," katanya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.