Imran beri tempoh enam hari untuk Pakistan umum tarikh pilihan raya

Iklan
IMRAN KHAN

NEW DELHI - Bekas perdana menteri Pakistan, Imran Khan pada Khamis memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu setelah beliau membatalkan protesnya di Islamabad susulan pertempuran antara polis dan penyokongnya.

Sebelum itu, kerajaan Pakistan meminta bantuan tentera untuk melindungi bangunan-bangunan penting yang terletak di zon selamat di Islamabad, lokasi penyokong Imran berkumpul.

Iklan
Iklan

Ketua parti Tehreek-e-Insaf itu berkata beliau mahu mengelak konfrontasi dengan polis dan pasukan keselamatan.

Imran berkata, beliau akan kembali ke Islamabad jika kerajaan tidak mengumumkan tarikh pilihan raya baharu dalam tempoh enam hari.

Iklan
Iklan

Beliau berkata lima pekerja parti terbunuh dalam keganasan di bandar Karachi dan dua lokasi lain pada Rabu. - Bernama