KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas jurulatih olahraga atlet Olimpik Malaysia, Suppiah Ramalingam yang meninggal dunia pada Ahad lepas.
Istana Negara menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi pada Rabu menyatakan Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih atas pemergian Suppiah serta berharap keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.