Zii Jia kini di ranking kelima dunia
Iklan
Lee Zii Jia
JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga ke kedudukan kelima ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas meraih 90,378 mata daripada 41 kejohanan disertainya.
Berdasarkan kedudukan ranking terbaharu dikeluarkan BWF, Zii Jia mengatasi pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting yang kini menghuni kedudukan keenam ranking BWF, dengan mengumpul 87,879 mata.
Iklan
Iklan
Pencapaian diraih Zii Jia tersebut dalam masa sama meletakkan beliau sebaris bekas jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang pernah menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik dunia.
Sementara itu, juara Olimpik dari Denmark, Viktor Axelsen kekal selaku pemain nombor satu dunia diikuti jaguh dunia dari Jepun, Kento Mamota di kedudukan kedua.
Iklan
Musim 2022 boleh dianggap permulaan terbaik bagi Zii Jia, yang bergerak secara profesional selepas merangkul gelaran pertamanya tahun ini dengan mengungguli Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina, awal bulan lalu.
Tidak terhenti di situ, bekas juara All England itu mengekalkan aksi konsisten di saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok dengan berjaya memenangi kesemua perlawanan sehingga peringkat suku akhir.
Iklan
Sementara pada minggu lalu, Zii Jia bangkit mempamerkan watak sang juara untuk merangkul kejuaraan keduanya berturut-turut tahun ini, menewaskan pemain China, Li Shi Feng 17-21 21-11 23-21 dalam aksi final di Terbuka Thailand. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>