Mendy mengaku tidak bersalah tuduhan kesalahan seksual

Iklan
Mendy hadir pada perbicaraan di Mahkamah Chester Crown pada Isnin. - Foto AFP

PEMAIN pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy mengaku tidak bersalah di atas sembilan pertuduhan melakukan kesalahan seksual yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Pemain antarabangsa Perancis itu hadir pada perbicaraan di Mahkamah Chester Crown pada Isnin untuk membuat pengakuan buat kali pertama.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 27 tahun itu didakwa atas pertuduhan seksual itu selepas enam wanita membuat beberapa dakwaan atas kesalahan tersebut yang dikatakan berlaku antara Oktober 2018 dan Ogos 2021.

Susulan dakwaan tersebut, benteng pertahanan kiri itu telah direman dalam tahanan pada Ogos tahun lalu namun dibebaskan dengan ikat jamin Januari lalu.

Iklan
Iklan

Mendy juga turut digantung oleh City sejurus selepas dia didakwa atas empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan serangan seksual sembilan bulan lalu.