TAIPING - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menggalakkan kaedah rawatan alternatif seperti menggunakan serbuk kunyit atau daun semambu bagi merawat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, sebaliknya orang ramai diminta berjumpa doktor sekiranya mempunyai simptom jangkitan.