CHUKAI - Mahkamah Majistret Kemaman pada Ahad menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes remaja perempuan yang menghadapi tuduhan membunuh bayi lelaki baru dilahirkannya.
Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman, agar kes ditangguhkan ke tarikh lain sementara menunggu laporan kimia dan psikiatri.