Jangan buat pembelian panik: KPDNHEP
Iklan
SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatkan orang ramai khususnya di Lembah Klang agar tidak membuat pembelian panik ayam mentah.
Dalam hantaran di Facebook pada Jumaat, kementerian berkenaan berkata, ini kerana bekalan ayam standard tetap ada dan dijual di pasar raya dan hypermarket utama.