Mayat lelaki disyaki pasangan suami isteri dikhuatiri lemas ditemui
Iklan
KEMAMAN - Mayat seorang lelaki disyaki pasangan suami isteri yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk Kijal, di sini ditemui kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman pada Jumaat.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 2.10 petang.