Harga barangan mungkin meningkat sehingga 60 peratus bulan depan
Iklan
KUALA LUMPUR - Harga semua barangan keperluan dijangka meningkat sehingga 60 peratus bulan depan (Jun) berikutan kerakusan dan keperluan peniaga serta pelaksanaan gaji minimum RM1,500.
Menurut laporan media, rakyat Malaysia telah pun merasai kenaikan itu sejak Ramadan, apabila harga barangan keperluan asas kritikal seperti daging, ayam dan sayur-sayuran melambung tinggi.