Hari Keputeraan Raja Perlis

Iklan
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan memberikan tabik hormat pada perbarisan kehormatan pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-79 di Istana AraU.

Turut berangkat, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid (dua, kanan), Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kanan). - Foto Bernama