Kepala air: Bomba selamatkan 80 pengunjung air terjun
Iklan
MELAKA - Petugas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin menyelamatkan kira-kira 80 pengunjung Air Terjun Lama Tiga Budaya, Asahan selepas terperangkap akibat fenomena kepala air hari ini berikutan hujan lebat.
Komander Operasi, Mohd Rizuan Suliman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengunjung pada jam 1 tengah hari tadi sebelum tiba ke tempat kejadian 27 minit kemudian bersama sebuah jentera dan empat anggota.