Guardiola tetap gembira dengan satu mata

Iklan
Aksi Grealish ketika menjaringkan gol ketika City seri menentang West Ham di Stadium London, pada Ahad.

MESKIPUN gagal untuk menoktahkan kejuaraan lebih awal, pengendali Manchester City gembira dengan persembahan pemain-pemainnya yang berjaya bangkit mengikat West Ham 2-2 dalam perlawanan di London Stadium, pada Ahad.

Menurut Guardiola, dia percaya pasukannya masih berada di landasan terbaik untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali ketujuh walaupun gagal mengutip tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Walaupun satu ketika pasukan dilihat ketinggalan namun saya tidak berhenti untuk berikan kata-kata semangat supaya mereka bangkit dan berkesan apabila satu kebangkitan agak hebat ditunjukkan dalam perlawanan ini. Pemain-pemain bermain dengan baik tetapi pihak lawan berjaya mempamerkan aksi lebih baik.

"Satu keputusan yang adil dicapai oleh pasukan pada perlawanan ini,” katanya.

Iklan

Pada perlawanan tersebut, The Hammers bimbingan David Moyes yang masih mengintai slot ke saingan Eropah musim depan terlebih dulu mendahului hasil jaringan Jarrod Bowen pada minit ke-24' dan 45' untuk memimpin babak pertama 2-0.

Manchester City kemudian bangkit lebih bertenaga pada babak kedua apabila Jack Grealish kembali merapatkan jurang menerusi gol pada minit ke-49.

Iklan

Gol itu menyuntik semangat para pemain Manchester City apabila mula menggandakan asakan yang keberhasilannya diterjemahkan dengan jaringan sendiri pertahanan West Ham, Vladimir Coufal pada minit ke-69.

Keputusan seri itu menyaksikan The Citizens mengumpul 90 mata - empat mata mengatasi Liverpool yang menghuni tangga kedua dengan 86 mata, kurang satu perlawanan.