Cuti hujung minggu

Iklan
Dua pengunjung dilihat merakamkan gambar semasa meluangkan masa cuti hujung minggu di Pantai Telok Kemang, hari ini. Sektor pelancongan terutama di daerah Port Dickson terus menerima kunjungan orang ramai dari seluruh Negeri Sembilan dan sekaligus dilihat dapat membantu dalam menggerakkan ekonomi setempat. Justeru, orang ramai diingatkan untuk kekal patuh pada semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.