JENAMA dan pengeluar tilam terkemuka Malaysia, Goodnite melancarkan jualan tilam 'Goodnite Love Series III' bertempat di lobi pusat Pavilion Bukit Jalil, Centre Court (Tingkat 2) bermula 11 hingga 22 Mei ini.
Goodnite dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh itu, setiap pembelian tilam Goodnite Love Series III akan diberikan dua unit bantal Deco Duocare bernilai RM198 secara percuma malah pembelinya turut layak menyertai peraduan beli dan menang Goodnite 'Magic Bonanza' yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM120,000.