Penganjuran debat wajar diteruskan pada PRU15: Noh
Iklan
Noh (tiga dari kanan) bergambar bersama guru dan wakil ibu bapa pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan Pelancaran Program Unified Digital Library di Dewan SK Sungai Burung pada Sabtu.
TANJONG KARANG - Penganjuran debat antara pemimpin politik wajar diteruskan termasuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, penganjuran debat sudah diamalkan di kebanyakan negara terutama dalam proses memilih pemimpin.
Iklan
Iklan
"Pandangan saya, debat ini boleh diteruskan pada PRU15 kerana banyak negara memilih cara sebegini," katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pelancaran Program Unified Digital Library di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burung pada Sabtu.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, penganjuran debat antara pemimpin berbeza ideologi politik membolehkan rakyat mengetahui sesuatu isu yang diketengahkan dengan lebih jelas.
Iklan
"Saya sendiri pun pernah berdebat dengan Rafizi Ramli (bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) yang dianjurkan sebuah universiti," katanya.
Beliau berkata, debat pada masa ini dibuat secara lebih meluas termasuk melalui platform digital.
Iklan
"Pemimpin boleh memberikan pandangan dan ia disiarkan secara langsung dalam talian yang mana rakyat boleh menilai sendiri pandangan pemimpin parti politik," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Isu hutang calon PN: Pimpinan Bersatu sudah diberi penjelasan" /><meta itemprop="description" content="Isu hutang calon PN: Pimpinan Bersatu sudah diberi penjelasan
BERITA SEMASA 3 MEI 2024
Pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkembangan tersebut akan dimaklumkan sendiri kepada umum oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu itu kerana ia melibatkan isu peribadi.
Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan kredibiliti calon PN kelahiran Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662633/berita/politik/isu-hutang-calon-pn-pimpinan-bersatu-sudah-diberi-penjelasan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #AhmadFaizalAzumu #pilihanrayakecil #CalonPN #KhairulAzhariSaut" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-03T03:11:31.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEJo21cD5NZ1cHbwh/x120" /><meta itemprop="duration" content="P64S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xveki" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xveki"></script>