Skuad sepak takraw berpeluang raih pingat perak

Iklan
Pemain sepak takraw kebangsaan, Muhammad Redwan Hakim (kanan) melakukan rejaman ketika menentang pasukan Kemboja pada saingan liga sepusingan acara regu berpasukan sepak takraw lelaki sempena temasya Sukan SEA 2021 di Pusat Sukan Hoang Mai pada Sabtu. - Foto Bernama

SKUAD sepak takraw lelaki negara berpeluang untuk meraih pingat perak di temasya Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menewaskan Kemboja 3-0 di Dewan Sukan Daerah Hoang Mai sebentar tadi.

Skuad bimbingan Abdul Talib Ahmad yang sebelum ini tewas kepada Thailand dalam aksi pembukaan pada Jumaat dilihat tidak menghadapi masalah apabila berjaya menyambar mata pertama melalui regu pertama dibarisi Muhammad Zarif Merican Ibrahim Merican, Muhammad Afifuddin Razali dan Aidil Aiman Azwawi dengan keputusan 21-6, 21-10.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu diteruskan melalui regu kedua Malaysia, Muhammad Faisal Fuad, Muhammad Noraizat Nordin dan Norfaizzul Abd Razak yang meraih mata kedua dengan skor 21-2, 21-6.

Pasukan Malaysia berjaya menoktahkan kemenangan melalui regu ketiga Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Asyraf Abdul Hadi dan Muhammad Eqbal Shamsudin dengan keputusan 21-5, 21-9, sekali gus mencerahkan peluang pasukan negara untuk meraih pingat perak.

Iklan
Iklan