Polis kesan waris kanak-kanak lelaki

Iklan
Gambar kanak-kanak lelaki yang dijumpai oleh orang awam tular di media sosial.

GOMBAK - Polis sedang mengesan waris kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan tiga hingga empat tahun yang telah diserahkan oleh orang awam di Balai Polis Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa abangnya menjumpai kanak-kanak itu pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Kanak-kanak berkulit gelap itu telah dibawa pulang ke rumah oleh abang pengadu, namun pengadu tidak mengenali kanak-kanak itu dan tidak mengetahui dari mana abangnya menjumpai kanak-kanak tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Zainal Mohamed berkata, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Gombak untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak ini boleh berhubung dengan Sarjan Rafidah Abdul Aziz ditalian 019-3509963 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak ditalian 03-61262222," katanya.