'Ujian, pancaroba dihadapi jadikan UMNO lebih berketerampilan'

Iklan
Ahmad Zahid

SHAH ALAM - Ujian dan pancaroba baharu yang dihadapi oleh UMNO membuatkan parti itu lebih berketerampilan dan ke hadapan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, anasir perpecahan yang cuba disuntik gagal menggoyahkan kemuafakatan dan kesatuan parti itu.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, jelas beliau, ia menjadikan UMNO lebih memahami betapa penting parti keramat agama, bangsa dan negara itu dipertahankan.

"Insha-ALLAH selagi ada kudrat dan upaya izin ALLAH, saya akan memastikan kebangkitan ini tidak sesekali terpadam.

Iklan

"UMNO akan terus mara walau apa rintangan serta halangan demi mengangkat kemakmuran dan kesejahteraan untuk semua,” katanya pada Rabu sempena sambutan ulangtahun UMNO yang ke-76.

Beliau berkata, sehingga kini, UMNO terus kukuh dalam perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanah air.

Iklan

Jelasnya, UMNO masih kekal dalam semangat dan jati diri parti politik terbesar orang Melayu demi rakyat dan negara.

"Masih diingati selepas 9 Mei 2018 UMNO cuba dikhabarkan telah tiada, tidak lagi relevan, malah UMNO dituduh tiada hala tuju.

"Presiden barunya ditekan agar membubarkan parti, pimpinan dan ahlinya yang setia diasak supaya menyerah berpaling tadah.

"Alhamdulillah berkat ketentuan ALLAH bersama kita bertahan, kita menentang dan kita bangkit dengan penuh hikmah dan bijaksana,” ujarnya.

Tambah Ahmad Zahid, UMNO mara tanpa mengheret rakyat ke kancah kekalutan dan huru-hara serta bergerak seiring mengangkat maksud sebenar demokrasi.

"Mendepani usia 76 tahun menjadikan UMNO semakin matang dan hebat penuh pengalaman dan pengetahuan,” jelasnya.