Awang Adek letak jawatan pengerusi PRG Holdings

Iklan
Awang Adek - Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Pengerusi bebas bukan eksekutif PRG Holdings Bhd, Datuk Dr Awang Adek Hussin akan meletak jawatan daripada lembaga pengarah kumpulan itu, berkuat kuasa 30 Mei 2022, untuk memegang jawatan baharu sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, PRG berkata, peletakan jawatan Awang Adek adalah disebabkan pelantikannya sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang akan berkuat kuasa 1 Jun 2022.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, beliau telah memutuskan untuk berundur daripada peranan dan tanggungjawabnya dengan PRG," kata syarikat itu.

Pada 28 April, SC telah mengumumkan peletakan jawatan Datuk Syed Zaid Albar sebagai pengerusi eksekutifnya, yang akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022. - Bernama

Iklan
Iklan