ABIM kutuk pembunuhan kejam wartawan Al Jazeera

Iklan
Wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Aqleh ditembak tentera Israel ketika bertugas di Jenin dalam wilayah Tebing Barat. Gambar kecil: Muhammad Faisal

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk pembunuhan kejam ke atas wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Aqleh oleh tentera Israel ketika bertugas di Jenin dalam wilayah Tebing Barat.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tindakan menembak wartawan berkenaan jelas tidak berperikemanusiaan sedangkan beliau memakai jaket dengan tulisan PRESS (wartawan) ketika menjalankan tugas.

Iklan
Iklan

"Pembunuhan kejam ini juga jelas menunjukkan keangkuhan rejim Zionis melanggar norma dan undang-undang antarabangsa seperti yang termaktub dalam Artikel 79 Protokol Tambahan I Konvensyen Geneva 1949.

"Menurut peruntukan tersebut wartawan yang terlibat dalam misi profesional berbahaya di kawasan konflik bersenjata hendaklah dianggap sebagai orang awam dalam pengertian Perkara 50, perenggan 1,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Susulan insiden menggemparkan itu, saluran TV berpusat di Qatar mendakwa rejim Zionis sengaja melepaskan tembakan terhadap Shireen walaupun Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menuding jari menyalahkan kumpulan bersenjata Palestin bertanggungjawab atas kematian mangsa.

Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata, dalam artikel berkenaan turut menegaskan bahawa petugas media perlu dilindungi di bawah Konvensyen dan Protokol itu dengan syarat mereka tidak mengambil tindakan yang menjejaskan status mereka sebagai orang awam.

Iklan

"Selain itu ia turut tidak menjejaskan hak koresponden perang yang diakreditasikan kepada angkatan bersenjata dengan status yang diperuntukkan dalam Perkara. 4 A 4) Konvensyen Ketiga,” ujarnya.

Justeru beliau turut menegaskan bahawa tidak kejam itu merupakan satu usaha Israel bagi menutup kebenaran atas kekejaman mereka daripada didedahkan kepada masyarakat dunia.