Ronaldo ada lebih setengah bilion pengikut di media sosial

Iklan
Cristiano Ronaldo - Foto AFP

BINTANG bola sepak kelab Manchester United dan Portugal, Cristiano Ronaldo pada Isnin mempunyai lebih 600 juta pengikut di Instagram, Facebook dan Twitter.

Beliau mempunyai lebih daripada 439 juta pengikut di Instagram, lebih 150 juta di Facebook dan lebih 99 juta di Twitter.

Iklan
Iklan

Ronaldo juga merupakan orang pertama yang mempunyai lebih setengah bilion pengikut di media sosial.

Beliau merupakan selebriti yang kelima paling ramai diikuti di Twitter selepas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama; penyanyi, Justin Bieber, Katy Perry dan Rihanna.

Iklan

Obama mempunyai lebih 130 juta pengikut di Twitter, manakala bilangan pengikut Bieber adalah lebih 113 juta.

Perry pula mempunyai lebih 108 juta pengikut dan Rihanna memilili seramai lebih 100 juta pengikut di Twitter.

Iklan

Bercakap tentang orang pertama yang mencapai 100 juta pengikut di Twitter, Perry berjaya mencapai angka itu pada Jun 2017. - Agensi