MELAKA - Polis Melaka mengeluarkan 7,956 saman terhadap pemandu yang dikesan melakukan kesalahan dalam tempoh 10 hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Aidilfitri, yang dilancarkan pada 29 April lepas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, jumlah itu meningkat berbanding 6,022 saman dikeluarkan dalam tempoh yang sama pada Op Selamat 15.