Kes bunuh kanak-kanak: Sebutan semula pada 21 Jun

Iklan

KUCHING - Mahkamah Majistret pada Isnin menetapkan 21 Jun depan untuk sebutan semula kes pasangan suami isteri yang didakwa membunuh kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jiw pada Mac lepas.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Dora Undau menetapkan tarikh itu selepas permohonan dibuat oleh pihak pendakwaan bagi menunggu laporan kimia pada prosiding kes hari ini (Isnin).

Iklan
Iklan

Tertuduh Ling Kok Liang, 51, bersama Wendy Chai Xue Zhen, 36, penjaga kepada kanak-kanak terbabit, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Mereka didakwa menyebabkan kematian Eric di No 1493, Lorong 2, Taman Riverview, Jalan Daya, Bintawa di sini antara pukul 5 petang 4 Mac hingga 9.15 pagi pada 8 Mac.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Chuan Yi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama