PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan wujud kempen saringan darah palsu bermotifkan penjualan produk kesihatan tambahan yang menyasarkan golongan warga emas.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KKM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan pihak terbabit.