CGC lantik Suhaimi sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Iklan
Suhaimi
CREDIT Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) melantik Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Suhaimi Ali sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif baharu, berkuat kuasa 28 April 2022.
CGC berkata, sebagai Penolong Gabenor BNM, Suhaimi bertanggungjawab terhadap Jabatan Pembangunan dan Inovasi Kewangan, Jabatan Sistem Kewangan Islam dan Jabatan Rangkuman Kewangan bank pusat.
Iklan
Iklan
"Beliau telah berkhidmat dengan BNM selama 24 tahun dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan sektor kewangan, pengawalan dan penyeliaan, perancangan strategik, amalan pasaran, perundingan antarabangsa dan perkhidmatan teknologi maklumat serta di pejabat gabenor,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
CGC berkata, Suhaimi merupakan ahli jawatankuasa pengurusan BNM, jawatankuasa risiko lembaga, jawatankuasa pengurusan krisis, jawatankuasa digital dan teknologi, jawatankuasa pembangunan kewangan, jawatankuasa kestabilan kewangan, jawatankuasa dasar bersama dan jawatankuasa pengurusan rizab.
Iklan
"Beliau juga merupakan ahli lembaga pemegang amanah untuk Tabung Amanah Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa (ICLIF),” katanya.
Suhaimi menyertai BNM pada 1998 selepas menamatkan pengajian dalam ijazah perakaunan dari University of Notre Dame, Amerika Syarikat, katanya.
Iklan
Sementara itu, CGC merakamkan penghargaan kepada Penolong Gabenor BNM Adnan Zaylani Mohamad Zahid yang telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif CGC pada 19 April 2022.
"Adnan Zaylani menyertai lembaga pengarah CGC pada 18 Oktober, 2018 dan telah menambah baik CGC dengan pengalaman cemerlang lebih 28 tahun semasa berkhidmat di BNM dalam operasi pelaburan dan pasaran kewangan,” katanya.
CGC adalah 78.65 peratus dimiliki BNM dan 21.35 peratus oleh bank-bank komersial di Malaysia.
Ia ditubuhkan untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana yang tidak mempunyai cagaran atau rekod yang tidak mencukupi untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada institusi kewangan dengan menyediakan perlindungan jaminan ke atas kemudahan tersebut. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>