Jentera Beach Comber

Iklan
Pemandu jentera pembersihan pantai Johari Harun tekun melakukan kerja-kerja rutin hariannya di Pantai Saujana baru-baru ini.

Minat mendalamnya terhadap kendalian jentera, Johari, 59, mahir mengendalikan Beach Comber iaitu jentera moden pertama di Malaysia yang dimiliki oleh Syarikat Konsesi SWM Environment Sdn Bhd (SWM).

Jentera Beach Comber berupaya membersihkan sisa dan sampah sarap sehingga 2.8 hektar (tujuh ekar) keluasan pantai dalam masa sejam. - Foto Bernama