Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak

Iklan
Aliran trafik sesak di KM 324.4 di Tapah

SHAH ALAM - Aliran trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya utama setakat 9 pagi ini berikutan orang ramai pulang ke kampung sempena cuti perayaan Aidilfitri.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan, trafik menuju Pantai Timur sesak di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke TP Gombak.

Iklan
Iklan

Kesesakan sepanjang 25 kilometer (KM) bermula dari TP Gombak hingga KM44.3 (Gombak ke Bukit Tinggi) dan dari KM46.9 hingga KM50.7 (Bukit Tinggi ke Lentang).

Di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula trafik lancar di sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala.

Iklan

Sementara itu trafik turut dilaporkan trafik sesak menuju Utara di beberapa tempat iaitu di Hospital Sungai Buloh menghala Bukit Beruntung; Bukit Tagar ke Tanjung Malim; Slim River ke Sungkai; Sungkai ke kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Tapah; persimpangan Tapah ke Gopeng serta Ipoh Selatan ke Sungai Perak.


Iklan