PENGENDALI Manchester United, Ralf Rangnick secara rasmi diumum sebagai jurulatih skuad kebangsaan Austria, namun beliau tetap akan meneruskan peranannya sebagai perunding The Red Devils.
Rangnick menyertai United sebagai pengurus sementara pada November tahun lalu dan akan menggalas tugas selaku penasihat selepas jurulatih Ajax, Erik ten Hag dilantik sebagai pengurus tetap baharu The Red Devils.