BAC 2022: Zii Jia layak ke separuh akhir
Iklan
PEMAIN perseorangan utama lelaki negara, Lee Zii Jia mempamerkan permainan bertenaga ketika menewaskan pemain Jepun Kanta Tsuneyama, bagi menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina, hari ini.
Zii Jia, pemain nombor tujuh dunia itu bermain cemerlang dari awal sehingga tamat permainan peringkat suku akhir, memerlukan hanya 36 minit untuk mengetepikan cabaran Tsuneyama 21-13, 21-11, di Kompleks Sukan Muntinlupa.