SC umum pelantikan Ketua Kaunsel, pengarah baharu
Iklan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan pelantikan Yew Yee Tee dan Shamsul Bahriah Shamsudin masing-masing sebagai Ketua Kaunsel dan Pengarah yang baharu.
Pelantikan mereka telah dilakukan pada 19 April 2022, ia akan berkuat kuasa pada 1 Julai, 2022.
Iklan
Iklan
SC dalam satu kenyataan berkata, Yee Tee kini memegang jawatan Pengarah Eksekutif Pengawasan Pengantara dan Dana, sebelum menyertai SC pada tahun 2020 beliau adalah Ketua Pegawai Kawal Selia Bursa Malaysia Berhad.
Yee Tee akan menggantikan Chee Fei Meng yang telah memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya yang tamat pada 15 April 2022, justeru bagi proses peralihan yang lancar, Fei Meng akan terus berkhidmat dengan SC sehingga 30 Jun, 2022.
Iklan
Shamsul Bahriah pula merupakan Ketua Pengawasan Institusi dan telah berkhidmat dengan SC selama 19 tahun, beliau akan menggantikan Yee Tee sebagai Pengarah Pengawasan Pengantara dan Dana.
Sementara itu, SC mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusannya Foo Lee Mei, beliau memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal pada 6 April 2022.
Iklan
Lee Mei akan terus berkhidmat sehingga 20 Mei, 2022.
Selain itu, Pengarah Eksekutif Strategi Digital dan Inovasi Chin Wei Min pada 28 April 2022 telah meletakkan jawatan beliau dengan notis dua bulan.
SC berkata, ia telah pun mengenal pasti calon dalaman untuk menggantikan Wei Min dan tertakluk kepada pengesahan dan pemformalan, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.
"SC juga ingin menegaskan bahawa bertentangan dengan spekulasi media baru-baru ini, peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Kaunsel adalah tidak berkaitan. Keputusan telah dibuat sebelum pengumuman peletakan jawatan pengerusi eksekutifnya Datuk Syed Zaid Jaffar Albar semalam yang berkuat kuasa pada 31 Mei, 2022,” katanya.
Menteri Kewangan telah melantik Datuk Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>