Ismail Sabri berbuka puasa bersama ketua kampung
Iklan
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis meluangkan masa berbuka puasa bersama ketua kampung dari seluruh negara di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini.
Majlis yang disertai lebih 1,000 hadirin turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Ramlan Harun.