Mayat lelaki tersangkut pada dahan pokok

Iklan
Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Selangor berhampiran Jeti Bukit Belimbing diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

KUALA SELANGOR - Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut pada dahan pokok di Sungai Selangor berhampiran Jeti Bukit Belimbing di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat tanpa identiti itu pada jam 12.48 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kita menerima laporan awal tentang penemuan mayat terapung di dalam sungai dan berjaya dibawa ke jeti dengan bantuan nelayan dan polis," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Norazam berkata, mayat lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat.