ABIM pegang konsep wasatiyyah sebar dakwah
Iklan
Bersama Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz (kanan), di hoskan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang berlangsung di Sinar Harian, Seksyen 15, Shah Alam. - Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor
SHAH ALAM - Pendekatan pertengahan atau wasatiyyah merupakan prinsip yang sentiasa ditekankan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat.
Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ABIM sentiasa berpegang kepada Manhaj Maliziy iaitu pembawakan dakwah dan pengamalan Islam berasaskan budaya setempat yang dinilai dengan kebijaksanaan serta didorong konsep wasatiyyah.
Iklan
Iklan
"ABIM ketengahkan prinsip wasatiyyah iaitu pertengahan dalam mendidik masyarakat dan menerima anutan atau ajaran dari mana-mana pihak secara bersederhana.
"Jangan kita jatuh ke kancah ekstrim hingga benci antara satu sama lain dan menyebabkan berlaku kekeliruan, perpecahan. Prinsip wasatiyyah itu penting dalam menerima mana-mana ajaran atau pandangan, fatwa dari orang luar," katanya dalam program siaran langsung Bersama Johan Jaafar di Kompleks Karangkraf pada Rabu.
Iklan
Muhammad Faisal
Dalam pada itu Muhammad Faisal berpandangan, kewujudan segelintir institusi tidak formal yang lantang mengeluarkan penjelasan mengenai isu Islam perlu dilihat dari sudut yang lebih luas.
Namun katanya, penilaian serta ekspresi mengenai Islam oleh penganut agama lain merupakan hak dan kebebasan setiap orang, namun perlu ada adab dan ilmu.
Iklan
"Bagi saya ia merupakan satu refleksi bahawa masyarakat semakin meminati Islam kerana apabila ramai orang bercakap mengenai Islam, bermaksud Islam itu menjadi sesuatu yang amat diminati oleh masyarakat.
"Namun tidak dinafikan wujud kelompok gerakan Islam yang masih lagi memperjuangkan isu-isu tersebut, tetapi mungkin kita berada dalam situasi 'kepenatan' isu. Terlalu banyak isu yang bersilih ganti antara satu sama lain.
"Ini yang saya fikir memerlukan masa bukan sahaja untuk pergerakan Islam tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) lain lakukan 'adjustment' terhadap isu-isu lain yang diperjuangkan,” ujarnya.
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.